Minggu, 08 April 2012

Suami Jemu Lakukan Hubungan Seks

Selera seks lelaki amat  pelik juga. Bukan sahaja kaum perempuan.
Sebab itu tidak boleh katakan lelaki terus di petik suis akan menjadi.
Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi jemu dalam
hubungan seksual. Antara punca utama adalah keletihan atau stress di
tempat kerja. Ok, dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi satu
persoalan yang dituju oleh seorang Isteri kepada Dr Ismail Thamby yang
disiarkan di dalam Metro Ahad.


SAYA dan suami jarang melakukan hubungan intim, iaitu hanya sekali seminggu dan ada kalanya tiada langsung.


Saya menyuarakan perkara ini kepada suami dan suami
menyatakan dia mudah jemu. Saya kurang faham, sedangkan saya tidak
pernah jemu untuk bersama kecuali ketika haid. Adakah ia disebabkan
bentuk badan saya yang gemuk atau perkara lain? Tolonglah doktor, saya
ingin menambah bilangan anak.



ANIS

Marang, Terengganu





Dalam hal ini, masalah puan ialah kurang mendapat kerjasama suami
dalam melakukan hubungan intim. Puan juga sedar puan tidak mempunyai
tubuh menarik seperti dulu dan ini mungkin antara punca masalah itu
berlaku.

Mungkin ia juga disebabkan suami keletihan dan tertekan dengan kerja.
Nampaknya suami memerlukan motivasi puan. Ikutlah kesesuaian supaya
suami mudah dan hendak bersama tanpa puan ‘memaksanya’.


Kadangkala lelaki agak pelik. Sewaktu isteri dingin, suami akan
hangat dan ketika isteri subur dan mempelawa, mereka pula menolaknya.
Malah ada juga suami mati pucuk ketika isteri subur dan pulih apabila
isteri dalam keadaan biasa.


Suami seperti ini perlu diberi ubat perangsang dan ubat yang dapat
melancarkan peredaran darah dalam zakar, terutama apabila isteri subur.


Yang penting, dalam perkahwinan perlu ada wawasan dan perancangan
bersama untuk membina keluarga, termasuk bilangan anak dan keadaan
ekonomi. Tanpa komunikasi baik, memang sukar meluahkan perasaan dan
fikiran masing-masing.


Cuba bermuafakat dan bekerjasama untuk membina keluarga sejahtera.
Insya-Allah apa jua hajat anda berdua yang baik akan dimakbulkan Tuhan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar