Orgasme pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang
menarik perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah.
Sejak terbitnya karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an
maka dongeng dan rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.
Sekarang telah diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu terpulang pada
setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu sentiasa sama.
Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme
Kaum wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi
terhadap rangsangan hubungan kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut
kemaluan terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit,
serta liang faraj itu merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan
penting. Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin
yang memainkan peranan penting. Clitoris atau kelentit
itu merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita. Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang
terus-menerus pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada
hujung kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang
atau sakit.
Sebab itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap
bahagian yang peka syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau
alat penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan,
gerakan zakar yang keluar masuk liang faraj itu boleh
menimbulkan rangsangan terus-menerus terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora atau bibir kecil ke atas
kelentit.
Merasakan Kemuncak Tahap Orgasme
Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat
sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan
selama 2-4 detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu
mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri yang
biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa
seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap
0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu
pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur pun ikut kempat-kempot.
Suatu orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat terjadi
8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot
perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan
normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.
Orgasme Berganda
Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda.
Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah
orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu
berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat
melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami
orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang
boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.
Di antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat
dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini
adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa
adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan
menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan
suami-isteri.
Kenyataan menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa
berpisah atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam
hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme
atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.
Baik orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu
dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik
dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme
setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula
tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.
Orgasme adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan
respons yang menyenangkan dan melegakan. Ia
adalah puncak dari kepuasan fisiks dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak
kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya pancaran mani
yang sangat kuat pada pihak lelaki.
Orgasme pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi
dengan hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian
memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini
dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot
sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza
pada setiap individu, tetapi lazimnya antara
10-12 konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut
penyelidikan moden 5cc.
Tanda orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya
adalah gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di
sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu
berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi
menghisap dari lubang faraj.
Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang
dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami.
Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai
orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan
suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan.
Jika mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan
menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.
Dr. Robie dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku Percintaan Suami
Isteri karangan A. Rifa'ie Ali menulis: "Terlampau cepat keluar air mani
selain memberi malu kepada suami, bahayanya tiadak kurang pada isteri kerana
dia telah meninggalkan isteri itu sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang beberapa kali keluar
air mani sebelum isteri cukup terbangkit
keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai
orgasme. Maka tinggallah dia dalam keadaan resah-gelisah belum kunjung
puas yang akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara lain
lain, tidak boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf yang berkaitan penyakit
orang perempuan".
Ellis dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip pendapat seorang
pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria, dia mengatakan bahawa di
dalam setiap 100 orang perempuan yang menderita sakit dalam rahim, daripada
yang berubat kepadanya didapati 70 orang menderita lantaran sakit
rahimnyaterlalu penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini
menurut pengetahuan ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak
disempurnakan.
Dari keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda Rasulullah s. a.
w. yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan isteri sewaktu diajak
bersetubuh. Janganlah lekas terburu-buru mengakhiri
persetubuhan selagi isteri belum berhasil mencapai orgasme.
Sabda Rasulullah s. a. w:
"Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka
hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka
janganlah ia mempercepat (meninggalkan)isterinya itu".
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)
Sabda Rasulullah s. a. w:
"Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka
hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah
selesai
telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya
maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya
itu hingga selesai pula hajat isteriny itu".
(Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)
Sabda Rasulullah s. a. w.:
" Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya
maka janganlahia menyingkir hingga selesai hajatnya
selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya".
(Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)
Dari hadis Rasulullah s. a. w. tersebut maka seharusnya suami berusaha agar
mencapai orgasme yang
ideal samaada secara bersama-sama, ataupun secara meruntun saling
susul-menyusul sewaktu bersetubuh. Itulah sebabnya imam Ghazali di dalam
kitabnya ihyaa'ulumiddin, menasihati suami muslim agar
kalau bersetubuh selalu memerhatikan isterinya ataupun menahan ejakulasinya
sehingga isterinya dapat mencapai orgasme.
Berapa lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan?
Banyak pendapat mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki
yang boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama
15 minit, 20 minit bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat
mengawal reaksinya tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita
mencapai orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing; kekerapan
melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak mempengaruhi tempoh
lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.
Biasanya persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan
persetubuhannya lebih lama dari 5 minit. Sedang
menurut Dickinson kebanyakan
lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama 5-10 minit. Sedangkan wanita
pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan tetapi dengan
rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan oral genital stimulation
seseorang wanita biasanya dapat mencapai orgasme dalam masa empat minit.
Untuk memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua
suami-isteri dapat mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil
langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah
mereka boleh mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang
diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara
ini ada kesan sampingan dan bersifat sementara. Kesan
sampingan adalah kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap menggunakan
ubat-ubatan.
Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan
semulajadi seperti cara-cara berikut. Menahan cepatnya keluar air mani
dapat dilakukan dengan memerhatikan langkah-langkah berikut:
1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik
secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.
2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius
sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang
dapat mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani.
Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran
pada batang zakar, dan apabila ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan
untuk merangsang balik zakar. Demikian seterusnya sehinggalah
isterinya mencapai orgasme. Kalau cara ini
dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh dalam waktu yang lama di mana
isterinya beruntung kerana dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. Sehubungan dengan itu Stoppes berkata
"Selamanya tak boleh dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran
dan badan sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu
berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani
semata-mata cuma boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh perjalanan
nafsunya".
3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya
air-mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras.
Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau
keadaan zakar adalah tidak cukup keras. Tetapi kalau sempurna keras dan
tegangnya, sukarlah air mani berlalu. Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam
keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh kerana udara yang masuk berkumpul
ke dalam dada dan perut agak banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka
pengaruhnya mendesak darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan
menjadi semakin keras dan kembung. Kekembungan inimenekan lubang zakar tadi
serapat-rapatnya sehingga Aliran tempat lalunya air mani
terhambat dan tidak dapat keluar.
Alternatif ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu
bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami
mahupun isteri.
Alternatif keempat ialah melakukan latihan-latihan guna
menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang
membentang dari dubur sampai ke scrotum (kantung pelir) lelaki.
Alternatif kelima pula merupakan mengambil posisi duduk atau
posisi lelaki di bawah dan dan perempuan di atas. Kedua
teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan
yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.
Cara-cara di atas yang telah dibentangkan merupakan
kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme yang ideal. Akan
tetapi berjaya atau tidaknya mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada
individu itu sendiri. Yang lebih baik adalah sifat
saling bantu-membantu dan faham-memahami. Seperti halnya seorang suami
boleh bertanya pada isterinya, apakah ia sudah
mencapai orgasme atau masih lama lagi? Seandainya masih lama.
Maka suami bolehlah mengatur pergerakannya agar zakarnya tidak begitu
terangsang yang mengakibatkancepatnya keluar air mani.
Jadi sifat terbuka suami-isteri sangat diperlukan untuk
membantu keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang ideal.
Perkara yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan
persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi.
Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang
kurang mengerti seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.
Persetubuhan dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat
kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan
persetubuhan luar nikah atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan
jenis ini salah satu pihak menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki bayaran. Jadi wanita pelacur di dalam
melakukan persetubuhan sudah merasa puas walaupun belum mencapai orgasme
asalkan dirinya telah
diberi wang sebagai imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang dilakukan
berlandaskan atas dasar cinta-mencintai keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama.
Seorang suami yang bijaksana yang mengerti hal ini ternyata dalam persetubuhannya
dengan isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air mani,
maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj. Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk
menaikkan suhu berahinya hingga mencapai orgasme.
Cara seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini harus dimanfaatkanoleh suami untuk merangsang
isterinya hingga mencapai orgasme.
Betapa bahagianya bila persetubuhan di mana kedua-duanya
telah mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja.
Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh saling berpelukan dan
berdakapan.
Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di dalam liang fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa
kasih sayang yang mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang
lebih besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.
Perlu diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami melakukan hubungan seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah
sari tubuhnya yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya
setiap hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh,
jadi berkuranglah zat hidup yang sangat berguna bagi kesihatan tubuhnya.
Walaupun ganti boleh diperoleh dari dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat
"Alkalin" yang boleh digantikan dengan membiarkan ia
di dalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh berisi dengan
zat ini. Para
suami yang terdedah kepada pegetahuan ini tidak akan
mahu mencabut batang zakarnya sehabis ereksi dari liang faraj isterinya. Mereka
akan membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa
lama sehinggga ia kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan
ini bagus dan bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya.
Ini oleh kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah
menyerap zat-zat yang sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat
alkali. Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin
mundur, sebaliknya semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang
lebih penting lagi wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari
umurnya yang sebenarnya.
Selain itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa di dalam zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan
pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest
Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah
diketahui bahawa hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat
dalam penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya.
Kesempatan untuk saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung dalam
perbincangan di atas dianggap akan boleh mengumpulkan
sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga
jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi. Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.
Begitulah persetubuhan yang sempurna, yang dapat mencapai
kemuncak kenikmatan atau orgasme yang ideal serta memberi pengaruh yang baik di
dalam jasmani dan rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya sihat
yang akhirnya membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar